Wednesday, November 30, 2011

UNIT 3 - MEMPROMOSI JUALAN

PROMOSI MELALUI PEMBUNGKUSAN

1. Promosi adalah cara memberitahu, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli barangan.
2. Tujuan promosi ialah :
a) untuk menyebarkan maklumat barangan
b) untuk menimbulkan minat terhadap barangan
c) untuk meningkatkan jualan barangan
d) untuk meluaskan pasaran barangan

3. Salah satu cara untuk mempromosi barangan adalah melalui pembungkusan.
4. Pembungkusan yang menarik menjadikan barangan lebih nampak kemas dan dapat menarik minat pembeli.
5. Selain itu, pembngkusan dapat menambah nilai sesuatu barang jualan.

Ciri-ciri pembungkusan yang menarik

1. Pembungkusan dapat dilakukan dengan menggunakan botol, tin, kotak, atau plastik.
2. Bungkusan yang dibungkus harus mempunyai ciri-ciri berikut :
a) menarik
b) tahan lama
c) mudah dibawa
d) warna yang menarik, dan
e) sesuai dengan jenis barang


Warna yang menarik





Sesuai dengan barangan





Tahan lama





Mudah dibawa

Tuesday, November 29, 2011

UNIT 2 - MERANCANG DAN MENYEDIAKAN JUALAN


MEMBUAT RANCANGAN JUALAN

1. Merancang jualan bermaksud membuat persediaan untuk menjalankan sesuatu perniagaan.

2. Maklumat yang perlu ada dalam rancangan jualan ialah :

a) Jumlah modal yang diperlukan

b) Cara memperoleh modal

c) Jenis barang yang dijual

d) Maklumat pembekal

e) Jumlah barang yang dijual

f) Cara jualan dijalankan

g) Lokasi perniagaan

Cara Mendapatkan Modal

1. Modal merupakan perkara utama yang perlu diberi tumpuan sebelum memulakan sesuatu perniagaan.

2. Cara memperoleh modal seperti berikut :

· wang simpanan

· pinjaman daripada bank, rakan atau saudara mara

· bekalan stok dari pembekal sera kredit/hutang

· rakan kongsi

· pameran perniagaan

Menyediakan Jadual kerja

1. Tujuan jadual kerja adalah untuk memastikan setiap rancangan jualan berjalan lancar.

2. Perancangan yang telah dibuat perlulah diikuti dengan penuh tanggungjawab bagi menjamin keberkesanannya.


Wednesday, November 23, 2011

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN - THN 4

UNIT 1 - BARANG JUALAN

Kumpulan Sasaran
1. Murid sekolah boleh menjalankan perniagaan yang sesuai di kawasan sekolah.
2. Murid-murid lain dan guru merupakan bakal pembeli bagi barang jualan.
3. Bakal pembeli ini dipanggil kumpulan sasaran.
4. Barang yang sesuai dijual kepada murid dan guru adalah barang yang disukai,
diperlukan
dan mampu dibeli oleh mereka.



Guru dan murid merupakan kumpulan sasaran apabila pelajar
menjalankan perniagaan di sekolah


Mengumpul dan mengelaskan maklumat
1. Maklumat yang berkaitan dengan jenis barang diperoleh dengan cara membuat kajian.
2. Maklumat dapat dikumpulkan melalui :
(a) pemerhatian

(b) temu bual

(c) soal selidik


3. Hasil daripada maklumat yang diperoleh, barang dapat dikelaskan seperti berikut :

(a) barang keperluan murid

(b) barang keperluan guru

(c) barang kesukaan murid dan guru

(d) barang yang mampu dibeli oleh murid
(e) barang yang mampu dibeli oleh guru

Monday, November 21, 2011

PENGURUSAN BENGKEL KH




Bahan ini diperoleh semasa saya mengikuti kursus peningkatan KH Tahun 6 dalam tahun 2008. Bolehlah bersama-sama berkongsi maklumat.

Friday, November 18, 2011

BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

FUNGSI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

Bengkel ialah tempat untuk guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada murid serta membuat kerja amali dan menjalankan aktiviti. Bengkel perlu diurus dengan cekap.

1. Menyediakan tempat untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif, bersesuaian dengan mata pelajaran dan memberangsangkan.

2. Meningkatkan penguasaan kemahiran proses manipulatif di kalangan murid.

3. Merangsang dan menjana minda murid.

4. Bengkel yang berkualiti akan menjadi pencetus idea kepada murid-murid bagi
menghasilkan inovasi dan reka cipta.

5. Mewujudkan suasana kelaianan dan dapat menarik minat murid-murid dan guru
mata pelajaran Kemahiran Hidup.

6. Memaksimumkan penggunaan kelengkapan di kalangan murid terhadap
pelajaran inovasi dan reka cipta dengan penyediaan bahan dan alatan
tangan yang lengkap.

7. Memberikan pendedahan asas tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan
kehidupan dan menyampaikan kepentingan kemahiran di dalam kehidupan
seharian.

Monday, November 14, 2011

PENGURUSAN BENGKEL KH




BAHAN INI DIPEROLEH SEMASA SAYA MENGIKUTI KURSUS PENINGKATAN KH. AMAT BERGUNA SEBAGAI RUJUKAN UNTUK MENGHASILKAN SEBUAH BENKEL KH YANG BERKUALITI SERTA MENARIK.

Sunday, November 13, 2011

ELEKTRIK TAHUN 4



Apakah Elektrik?

ELEKTRIK ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil dari kewujudan dan aliran cas elektrik. Melalui tindak balas ia akan membentuk elektromagnet. Tenaga elektrik merupakan tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik. Elektrik merupakan sumber tenaga kepada manusia.


Dalam tahun 4, murid akan membuat penyambungan LITAR SIRI & LITAR SELARI

LITAR SIRI - Ialah litar yang membolehkan hanya satu laluan arus sahaja. Arus tidak boleh melalui laluan lain sekiranya laluan tersebut terputus. Ujian boleh dilakukan dengan memasang 2 biji mentol (buku teks KH tahun 4 - M/S 60). Semakin banyak mentol dipasang, akan semakin malaplah lampu tersebut menyala. Hasil ujian menunjukkan, apabila 1 mentol tidak menyala (terbakar) atau salah satunya ditanggalkan dari pemegang mentol, maka mentol lain juga tidak akan menyala. Ini kerana arus elektrik yang dibekalkan hanya melalui satu laluan sahaja.


LITAR SELARI - Litar selari pula ialah litar yang membolehkan arus elektrik mengalir melebihi satu laluan. Sekiranya satu laluan terputus atau mentol ditanggalkan dari salah satu laluan, mentol yang lain masih lagi akan menyala (buku teks KH tahun 4 - M/S 60).

CONTOH RPH KH TAHUN 4



Ini adalah contoh rph bagi mata pelajaran KH Thn 4 yang bertajuk Elektik Elektronik. Terdapat 4 sub rph mengenai tajuk ini. Slaidnya saya sudah postkan di dalam blog ini juga. Bolehlah berkongsi bahan.

Wednesday, November 9, 2011

PERTANDINGAN MEREKACIPTA MODEL

Pertandingan Merekacipta Model Dengan Bahan Guna Semula

Satu Pertandingan Merekacipta Model Dengan Bahan Guna Semula telah diadakan pada hari Sabtu, 29 Oktober 2011 di Muzium Negara. Pertandingan ini dianjurkan oleh Muzium Negara. Pertandingan ini terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hasil pameran telah dipamerkan di Dewan Tengah, Muzium Negara.

Inilah hasil daripada rekaan tersebut.