Monday, December 12, 2011

HIASAN AKUARIUM

TUMBUHAN AKUATIK

1. Tumbuhan akuatik ialah tumbuhan air yang boleh diletakkan di dalam akuarium ikan hiasan.

2. Tujuannya adalah untuk mencantikkan akuarium dan membekalkan oksigen kepada ikan hiasan.

3. Tumbuhan akuatik juga dijadikan sumber makanan sampingan kepada ikan hiasan jenis herbivor.

4. Terdapat dua jenis tumbuhan akuatik iaitu :
(a) jenis terapung
(b) jenis tenggelam

5. Tumbuhan akuatik terapung hidup diatas permukaan air tetapi akarnya berada di dalam air.

6. Tumbuhan akuatik tenggelam pula hidup di dalam air sepenuhnya.

7. Contoh tumbuhan akuatik terapung :

Pokok Teratai

Keladi bunting

Kiambang


8. Contoh tumbuhan akuatik jenis tenggelam.

Cabomba

Java fern

Red Talenthra


Contoh Sebuah Akuarium Bersama Hiasannya

Thursday, December 8, 2011

IKAN HIASAN TAHUN 5

PENGENALAN

1. Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara di dalam akuarium atau kolam hiasan.
2. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan.
3. Terdapat pelbagai spesies ikan hiasan tropika yang boleh kita pelihara.
4. Mari kita mengenalpasti beberapa spesies ikan hiasan tropika.

Angelfish


Warna : Putih keperakan, kekuningan dan berbelang hitam
Asal : Amerika Selatan
Makanan : Makanan rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air yang kecil
Saiz maksimum : 15 cm panjang


Ikan Kelisa


Warna : Keemasan, keperakan dan kemerahan
Asal : Amerika Selatan
Makanan : Haiwan yang kecil dan ikan ini jenis karnivor
Saiz maksimum : 100 cm panjang


Ikan Emas


Warna : Keemasan, keputihan dan kemerahan
Asal : China
Makanan : Semua jenis makanan ikan
Saiz maksimum : 12 cm panjang


Ikan Guppy


Warna : Keemasan, putih keperakan dan kemerahan
Asal : Trinidad
Makanan : Semua jenis makanan ikan
Saiz maksimum : 3 cm panjang



Ikan Pelaga


Warna : Biru kehitaman dan kemerahan
Asal : Thailand dan Malaysia
Makanan : Semua jenis makanan ikan
Saiz maksimum : 6 cm panjang

SBPA



Bahan diperoleh daripada www.youtube.com
Kita kongsi bersama, penyampaiannya menarik dan santai.

Tuesday, December 6, 2011

PROJEK ELEKTRONIK

Mari hasilkan satu projek elektronik yang mudah. Anda boleh ikut langkah-langkah di bawah.



Klik pada gambar untuk lihat besar


ELEKTRONIK TAHUN 5

KOMPONEN ELEKTRONIK


1. Setiap komponen elektronik yang digunakan dalam menghasilkan projek litar elektronik mempunyai nama dan fungsinya. Mari kita mengenali komponen elektronik di bawah.

a) Diod Pemancar Cahaya (LED)


i) Komponen ini berfungsi untuk membenarkan arus elektrik mengalir sehala dan memancarkan isyarat cahaya.
ii) LED mempunyai dua kaki iaitu anad berpunca positif dan katod berpunca negatif.
iii)LED boleh didapati dalam pelbagai warna.
iv) LED perlu disambung mengikut punca yang betul untuk membolehkan ianya mengeluarkan isyarat cahaya.
v) Voltan melebih 3 volt boleh menyebabkan LED rosak.


b) Perintang Tetap


i) Perintang tetap ini berfungsi untuk mengawal arus elektrik mengikut nilai rintangan. Nilai rintangannya tidak boleh diubah.
ii) Pada badan perintang terdapat jalur warna. Jalur warna ini mewakili nilai rintangan perintang tersebut.
iii) Semakin tinggi nilai rintang, semakin sedit arus yang dapat mengalir sementara semakin rendah nilai rintangannya, semakin banyak arus boleh mengalir.


c) Perintang Boleh Laras


i) Berfungsi untuk mengawal arus dan nilai rintangannya boleh diubah.
ii) Nilai rintangan perintang boleh diubah dengan menggunakan tombol pelaras.
iii)Perintang ini banyak digunakan dalam peralatan seperti radio, televisyen,kipas, dan komputer yang bertujuan untuk menguatkan atau memperlahankan suara, kecerahan, kelajuan dan warna.


d) Buzer


i) Buzer digunakan sebagai penggera kerana menghasilkan bunyi apabila dibekalkan arus elektrik.
ii) Ada dua jenis buzer iaitu buzer piezo dan buzer elektromagnet.
iii) Buzer mesti disambung mengikut punca yang betul untuk membolehkan ianya berfungsi.
iv) Warna merah mewakili punca + dan warna hitam mewakili punca -

Thursday, December 1, 2011

UNIT 4 - MENGURUS JUALAN


MELAYAN PELANGGAN


1. Peniaga harus mengurus perniagaannya dengan baik.
2. Semasa mengurus pelanggan, peniaga mestilah bersopan santun, menghormati pelanggan, serta cekap dalam pengiraan.
3. Peniaga seharusnya melayan pelanggan dengan cara :
a) menghargai pelanggan
b) mengambil hati pelanggan
c) bersikap jujur
d) memberikan senyuman
e) peramah ; dan
f) mengucapkan terima kasih

4. Contoh layanan yang baik seperti berikut :


(Klik pd gambar utk lihat besar)


Etika Jualan


1. Peniaga harus mengamalkan etika jualan yang baik semasa menjalankan urus niaga.
2. Etika ini dikenal sebagai etika amalan perniagaan.
3. Etika bertujuan untuk mewujudkan serta memupuk perasaan muhibbah di kalangan peniaga, pengguna, dan kerajaan agar wujud tanggungjawab sosial dalam diri mereka terhadap pengguna dan masyarakat.