Thursday, September 29, 2011

Hari Jualan Kemahiran Hidup

Semalam, Panitia KH telah menjayakan satu jualan yang dikendalikan sepenuhnya oleh murid-murid Tahun 5 dan 6 sebagaimana yang terdapat dalam silibus pelajaran ini.

Sambutan amat menggalakkan daripada murid-murid sekolah. Tujuan hari jualan ini diadakan untuk mengenalpasti sama ada murid-murid dapat mengaplikasikan apa yang telah diajar secara teori ke dalam bentuk kerja amali.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Murid-murid yang mendapat untung daripada hasil jualan pastinya tersenyum lebar.


Monday, September 26, 2011

Pengenalan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah rendah

Merupakan satu mata pelajaran bercorak amali. Diajar

untuk murid-murid Tahap 2. Mata pelajaran ini digubal

untuk mengembangkan keupayaan murid dalam bidang

Reka bentuk teknologi serta perniagaaan dan keusahawanan.

Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis,

pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi

dan keusahawanan.

Friday, September 23, 2011

Uji Minda Tahun 4


Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. ................. digunakan untuk memotong kayu yang bersaiz kecil atau membuat tanggam.

2. Pemutar skru philips digunakan untuk ..................................... skru kepala philips.

3. Bentuk-bentuk asas terdiri daripada bentuk dua dimensi dan ...................

4. Pelajar tidak dibenarkan bermain atau .................... sewaktu melakukan kerja amali di dalam bengkel.

5. ................ digunakan untuk membuat garisan yang bersudut tepat.

Uji Minda Tahun 5



1. Komponen elektronik yang berfungsi untuk mengeluarkan isyarat cahaya ialah
A. LED
B. Perintang tetap
C. Perintang boleh laras
D. Buzer

2. Kaki LED terdiri daripada
i. anod
ii. katod
iii.ketod
A. i dan ii B. ii dan iii C. i dan ii

3. ................ berfungsi untuk mengawal arus elektrik secara tetap.
A. LED
B. Peritang tetap
C. Perintang boleh laras
D. Buzer

4. Berapakah nilai bacaan perintang tetap sekiranya kod warna yang diberi ialah
perang, hijau, perang , emas ?
A. 151 ohm 5%
B. 150 ohm 10%
C. 151 ohm 10%
D. 150 ohm 5%

5. Cara pemasangan projek litar boleh dirujuk dengan menggunakan .............
i. litar skematik ii. litar elektronik iii. litar bergambar
A. i dan ii
B. i dan iii
C. i sahaja
D. ii dan iii

Salam Perkenalan buat teman-teman PJJ UPSI.

Harap dapat berkongsi maklumat dan idea dalam membuat tugasan dan apa sahaja yang perlu untuk kebaikan bersama.