Thursday, December 8, 2011

IKAN HIASAN TAHUN 5

PENGENALAN

1. Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara di dalam akuarium atau kolam hiasan.
2. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan.
3. Terdapat pelbagai spesies ikan hiasan tropika yang boleh kita pelihara.
4. Mari kita mengenalpasti beberapa spesies ikan hiasan tropika.

Angelfish


Warna : Putih keperakan, kekuningan dan berbelang hitam
Asal : Amerika Selatan
Makanan : Makanan rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air yang kecil
Saiz maksimum : 15 cm panjang


Ikan Kelisa


Warna : Keemasan, keperakan dan kemerahan
Asal : Amerika Selatan
Makanan : Haiwan yang kecil dan ikan ini jenis karnivor
Saiz maksimum : 100 cm panjang


Ikan Emas


Warna : Keemasan, keputihan dan kemerahan
Asal : China
Makanan : Semua jenis makanan ikan
Saiz maksimum : 12 cm panjang


Ikan Guppy


Warna : Keemasan, putih keperakan dan kemerahan
Asal : Trinidad
Makanan : Semua jenis makanan ikan
Saiz maksimum : 3 cm panjang



Ikan Pelaga


Warna : Biru kehitaman dan kemerahan
Asal : Thailand dan Malaysia
Makanan : Semua jenis makanan ikan
Saiz maksimum : 6 cm panjang

2 comments:

  1. Satu maklumat yang menarik. Terdapat banyal lagi spesies ikan hiasan yang boleh kita layari diinternet.

    ReplyDelete
  2. Memang benar... ini sebahagian maklumat sahaja, nanti saya akan masukkan lagi bahan.

    ReplyDelete